Pages Navigation Menu

Challenge Towards Excellence | Ilmu Kunci Kejayaan

Kejohanan Balapan & Padang Sekolah Kali ke 24

Kejohanan Balapan & Padang Sekolah Kali ke 24

Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (2) ke 24 anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan telah berlangsung dengan jayanya pada 16 April 2017 di Arena MPSJ, USJ 5 bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari diiringi dengan Promosi Sukan SEA ke 29. SKTTDI (2) telah dipilih untuk mempromosikan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di bawah program KL2017@Sekolah. Ia juga turut membawa mesej hijau pada hari sukan sekolah, bertepatan dengan inisiatif menjadikan Kuala Lumpur 2017 sebagai Sukan SEA pertama yang berkonsepkan mesra alam. Beberapa jenis sukan turut ditampilkan pada program KL2017@Sekolah iaitu Super Sepak (menewaskan penjaga gol), Cycle Power Challenge (usaha kerja berkumpulan), Mini Golf (permainan golf mini), Field Sports Challenge (permainan trek) dan Basket Ball Shoot (balingan bola keranjang) yang telah berjalan serentak.

DSC_4853  DSC_4855 DSC_4877

DSC_4875 DSC_4871 DSC_4881

Temasya sukan dimulakan dengan perbarisan rumah-rumah sukan (Tuah, Jebat, Kasturi dan Lekir), diikuti dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Guru Besar SK TTDDI(2) Puan Sri Hjh Zaiton bt Baharuddin. Selepas upacara menaikkan bendera kejohanan dan ikrar kejohanan oleh wakil pelajar, sebagai Gimik maskot ‘Rimau’ telah memasuki stadium dan menari bersama dengan murid-murid didalam persembahan Senamrobik dan Gimrama akhirnya didapati yang memakai mascot tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan YB Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin dan beliau telah memberi ucapan perasmian dan seterusnya telah merasmikan Kejohanan tersebut dengan tepukan dan sorakan oleh para pelajar. Acara sukan sekolah dan promosi Sukan SEA telah berjalan serentak dan pelajar-pelajar telah mengambil bahagian dengan penuh semangat.

DSC_4897  DSC_4891  DSC_4988

DSC_5066 DSC_5065 DSC_5064

Pelbagai acara kejohanan, seperti larian 50m bagi kategori tahap satu lelaki dan perempuan dan juga 100m bagi tahap dua kategori lelaki dan perempuan telah diadakan. Guru-guru dan ibubapa turut mengambil bahagian dalam acara 4X100m dan diteruskan dengan acara 4X100m yang disertai oleh sekolah-sekolah yang telah dijemput bagi acara 4x100m, justeru menghangatkan lagi suasana temasya sukan tahunan kali ini.

DSC_4971 DSC_4915 DSC_4880

Secara keseluruhannya, Rumah Tuah Merah telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan muncul sebagai johan. Rumah Hijau Lekir telah menjadi johan bagi kedua acara iaitu perbarisan dan maskot dan juga dianugerahkan sebagai johan dalam acara perbarisan. Adik Mohd Daniel Aiman bin Shamsul dan adik Nur Qystina Khadeeja bt Saufi masing-masing telah diumumkan sebagai olahragawan dan olahragawati Kejoahan Balapan & Padang manakala adik Mohd Faiz Asyraf dan Fairuz Izzatul Afiqah bt Faizul telah diumumkan sebagai olahragawan harapan dan olahragawati harapan Kejohanan Balapan & Padang yang ke 24. Pada pukul 12.30 tgh acara telah berlangsung dengan penyampaian hadiah.

 

Disediakan oleh: Pn. Kuna, GPK Ko-kurikulum
Fotografi oleh: Pn. Nurain Mohd Hassan, Guru Bestari

468 ad

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Visit Us On TwitterVisit Us On Facebook