Pages Navigation Menu

Challenge Towards Excellence | Ilmu Kunci Kejayaan

Sambutan Hari Guru 2017 Peringkat Sekolah 

Sambutan Hari Guru 2017 Peringkat Sekolah 

Pada tarikh 22 Mei 2017, bertempat di Dewan Bitara SK Taman Tun Dr. Ismail (2), telah berlangsung sambutan Hari Guru Peringkat sekolah. Tema tahun ini ialah “Guru Pembina Negara Bangsa”. Tema suasana dan pakaian ialah “Era Tahun 60’an – P.Ramlee”. Majlis gilang gemilang ini telah dikelolakan oleh AJK PIBG sekolah ini yang diterajui oleh En. Saufi Hamizal b Mohd Suhaimi (YDP) dan En Aminudin b Shoib (NYDP).

Sempena Hari Guru tahun ini, berbagai acara menarik telah dirancang untuk merai dan mengiktiraf jasa dan khidmat guru-guru yang mendidik murid-murid tanpa jemu. Di antara aktiviti menarik ialah persembahan murid-murid, persembahan guru-guru, acara sukan rakyat guru (baling tin, terompah gergasi dan galah panjang) dan cabutan bertuah.

Semua guru dan staf sekolah masing-masing telah menerima sekuntum bunga dan cenderahati khas yang berasaskan mutiara dari PIBG. Selesai majlis sambutan di sekolah, semua guru-guru dijamu dengan makan tengahari di Restoran Muhibbah, Sg. Penchala.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PIBG sekolah ini kerana mengambil inisiatif menganjurkan buat pertama kalinya Hari Guru peringkat sekolah pada kali ini.

 

Fotografi: En. Zulfikri b Yahya, Sukarelawan KSIB Biro ICT PIBG

468 ad

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Visit Us On TwitterVisit Us On Facebook